Tuesday, November 3, 2015

NAJIB MUST GO - UMNO semakin rosak

Najib semakin dilihat menjadi liabiliti dalam negara ini. Selamatkan UMNO sungguhpun tidak bergerak di media maya - tetapi bergerak dan berusaha untuk memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia - Najib MUST go. Najib perlu berundur dan cara untuk itu tidak lagi boleh dibuat dengan kompromi. Cara yang ada adalah dengan memaksa Najib untuk melepaskan jawatan. Ini perlu dan ini mesti diusahakan. 

Sudah banyak yang telah di sebut mengenai 1MDB dan isu duit 2.6 billion telah masuk ke poket Najib. Adakah ini tidak menggerakkan UMNO untuk bangkit menyingkir Najib. Masa telah tiba untuk kita lancarkan NAJIB MUST GO dengan kadar segera.

Sunday, February 16, 2014

NAJIB MUST GO - timbul satu lagi blog

Ini link baru yang juga MENYATAKAN NAJIB PERLU BERUNDUR UNTUK MENYELAMATKAN UMNO


Ini bukan usaha kecil untuk memastikan Najib berundur dari terus membawa UMNO ke arah kekalahan dan akhirnya menggagalkan Melayu itu sendiri. Umno semakin malang di bawah kepimpinan Najib. Kita lihat link terus yang membicarakan keperluan untuk Najib disingkirkan bagi MENYELAMATKAN UMNO

Tuesday, January 21, 2014

NAJIB MUST GO - apa lagi tunggu



Kedudukan Umno semakin tersepit. Kerajaan yang di perintah oleh Umno di bawah kepimpinan Najib Tun Abdul Razak mula dikatakan sebagai  menyusahkan  rakyat. Keadaan yang ada hari ini benar-benar memberi  impak kepada rakyat. Ahli Umno sendiri semakin tersepit dengan kenaikan harga. Ini perlu dilihat dengan teliti sebelum Umno terus dipersalahkan.

Najib semakin tersisih dari senarai Perdana Menteri yang banyak membantu rakyat – Najib melakukan sebaliknya. Najib perlu melihat kesalahan pentadbiran beliau, kesalahan utama beliau yang mengetepikan rakyat. Adakah kita dalam Umno perlu melihat Umno tumbang kerana kekurangan iltizam Perdana Menteri atau Umno perlu diselamatkan dari terus menjadi bahan jenaka sehingga ahli sendiri bakal tersepit dan derita. NAJIB MUST GO

Monday, January 13, 2014

NAJIB MUST GO - jangan derhaka - harga kangkong turun



Apa cerita kangkong Najib Tun Razak. Klik untuk baca Sinar Harian mengenai isu KANGKONG harga turun NAjib - YES bagus, tahniah kerajaan HARGA KANGKONG dah turun YES....YES....YES jangan lupa berterima kasih pada Najib Tun Abdul Razak

Wednesday, January 8, 2014

NAJIB MUST GO - Hisham disiapkan untuk ganti Najib

Definitely Hisham - usaha keras oleh Najib Tun Razak untuk memastikan Hisham akan menerajui kepimpinan negara ini. Kerana itu usaha keras hari ini timbul untuk mendedahkan kepincangan kepimpinan Zahid Hamidi. Hisham MESTI dipastikan menjadi pewaris kepada Najib dan kita orang UMNO pasti akan berhadapan dengan krisis kepimpinan yang lebih terus. Bukan itu aje, UMNO pasti akan berdepan dengan serangan lebih dahsyat oleh pembangkang. Kita perlu Menyelamatkan UMNO sekarang - perjuangan org Melayu harus tertumpu untuk menyelamatkan UMNO demi survival org Melayu.

NAJIB MUST GO - Ros Hitam

Ros Hitam menunjukkan kelemahan Najib dan keperluan kita dalam UMNO untuk menolak Najib Tun Abdul Razak
Buku ROS HITAM - rujukan  http://www.negarakita.com/Post-651330-Ros+Hitam+versi+Melay  adalah satu buku kecil yang dikatakan di terbitkan oleh Anak Muda Malaysia. Tugas utama adalah untuk menunjukkan kelemahan kepimpinan Najib Tun Razak dan juga untuk menerangkan peranan Rosmah sebagai iseri PM yang sentiasa mendesak PM. Saya kan menulis di sini - perihal buku dan sekiranya sempat akan di taip untuk semua kenal dan bersetuju dengan sloga NAJIB MUST GO. Saya akan menaip kandungan buku itu untuk semua faham.Sekiranya perlu pergi ke capaian tersebut.

Tuesday, January 7, 2014

NAJIB MUST GO - menarik olahan gambar ini

Najib semakin dikritik dan semakin ditunjukkan arah untuk berundur